Sunday, October 18, 2009

The 4th Baby

Dimulakan dengan dunhill light 14 bertarikh dikilangkan kat bawah kotak tu 09/09/09 yang tinggal 2 batang tapi dah tinggal sebatang sebab baru je aku bakar ni ha.Sebulan jugakla dari tarikh yang dikeluarkan rasa still maintain and just nice.Weh menyanyi pulak opie ni.Okay okay,i am ready to blogging.(hak alah -_-")

Jap jap habiskan sebatang kacau pula asap kat mata yang kuyu ni.Okay ready 1,2,go!

Pagi yang dingin di sekitar klang pada tahun 1987,kelihatan kelibat seorang pemuda yang kurus dan tinggi lampai dihadapan hospital tengku ampuan rahimah yg tersergam indah ketika itu.Lelaki tersebut seperti tidak keruan sambil memerhatikan jam yang sentiasa terlekat ditangannya yang penuh dengan urat-urat dan jarum menunjukkan angka 3.Ini bermakna hampir sejam dia berada diluar hospital tersebut.Sekejap dia berdiri,sekejap dia duduk dan kadang-kadang dia mencangkung dan kendengaran seperti mengeluh kerisauan.Sambil matanya menjeling ke dalam kalau-kalau ada jururawat disitu memanggil namanya ataupun tidak.Dia menyeluk saku seluarnya dan kedengaran beberapa duit syiling dan sehelai duit RM10,dia hampir terlupa RM20 sudah dibelanjakan untuk teksi tadi.Terus menyirap darahnya teringatkan pemandu teksi yang endah tak endah mengenakan harga tambang yang begitu tinggi sedangkan jarak perjalanan tidaklah begitu jauh cuma 10-15 minit dari rumahnya ke hospital.Dalam sedar tak sedar dia mula mengelamun jauh dari fikirannya dan tertidur sambil bersandar di dinding.
"Encik Rashid,Encik Rashid..."sayup-sayup kedengaran panggilan namanya dari telinga pemuda tersebut.Lantas dia membukakan matanya,dan terlihat senyuman manis dari jururawat tersebut dan Rashid mula berbicara"ya saya?"dengan suara yang agak perlahan dan cuba menahan matanya dari terlelap semula sambil melihat jam sudah pukul4.30."Encik dah boleh tengok isteri encik"kata dari jururawat tersebut.Pada mulanya muka yang kelihatan kusam dan penat terus ditelani dengan senyuman yang manis dan dari riak mukanya yang ceria itu.Dia mula mengorak langkah jalan dengan penuh tersusun dan hatinya berdetak laju dan di tolaknya pintu wad tersebut dan kelihatan seorang gadis kampung yang layu berbaring di situ,dan doktor bersalaman dengannya sambil mengucapkan"Tahniah encik,tapi anak lelaki tak apa nanti cuba lagi"sambil mengukirkan senyuman dan mula berjalan meninggalkan pemuda itu.Rashid mula mendekati gadis tersebut yang juga seorang isteri yang disayanginya lebih dari dirinya sendiri dan airmata mula bergenang tanda gembira kerana isterinya selamat melahirkan anak mereka yang ke-4.
"Abang kita dapat anak lelaki.Abang suka tak?"melontarkan suaranya dengan penuh lemah lembut."Mestilah suka,abang tak kisah sama ada lelaki ataupun anak perempuan,cuma mak abang yang mengharapkan anak perempuan"lega hatinya apabila jejaka kesayangannya mengucapkan kata-kata tersebut.Namun jauh di sudut hati risau memikirkan mak mertuanya yang teringin sangat cucu perempuan dari mereka,sedangkan sudah ada cucu perempuan tapi ditepisnya jauh-jauh kerana ini adalah rezeki daripada Tuhan.Jap jap bakar lagi sebatang,nak habis dah ni.(potong betol la,padahal tengah carik idea)
Didukungnya bayi lelaki tersebut dan diazankan ditelinganya selesai sahaja,isterinya ingin memberi nama pada bayi tersebut.Hampir sebulan dia memikirkan nama untuk bayinya dan dinamakan Lutfi."Awak rasa dia akan jadi tak seperti maksud nama Lutfi itu?"soal isterinya.Suaminya tergelak dan berkata"Itu bergantung bagaimana kita mendidik dia dan bukan atas namanya sahaja".Isterinya tidak berkata apa-apa tapi di dalam hatinya berbisik moga-moga anaknya menjadi seorang yang lemah lembut dan penyayang dan berjaya sebagai seorang manusia kelak.

Sumpah aku tak macam tu hahah!tapi terpulanglah kat korang semua.eh lupa nak cakap dah habis cerita dah.sebenarnya nak buat lagi panjang tapi baik aku buat novel "sehijau daun" novel masa kat sekolah dulu.ngeh2.itulah ceritanya,actually ramai yang expect bayi perempuan time tu,mak aku ceritalah and aku pulak macam be rpusing-pusing time nak terkeluar tu.nanti aku cerita pulak zaman tadika,sekolah rendah.Promise!(macam lah ada orang nak baca)mata dah berat gila-gila ni.nak balik segamat jap lagi pukul 6am eh i mean pukul 7am nak gerak bangun pukul6am.okay chow!Selamat Tidur!

macam nak cubit2kan?

4 comments:

  1. sumpah walker old-school. haha selamat datang ke dunia lutfi rashid! dunia beloging.

    ReplyDelete
  2. agak ar. cumil habis kau time kecil.

    ReplyDelete
  3. COMEYL siout ko..haha

    smpi skg pn comeyl..

    ReplyDelete