Monday, October 19, 2009

Hari ini hari Isnin

Hari yang dijadikan sumpah seranah,malas nak bangun,bengang dengan jam loceng sebab kejutkan pagi-pagi buta dan macam macam lagi lah.Startline for everything.Aku pon hampir atau lebih kurang sama lah "suka" dengan Isnin.Lagi-lagi dihujung minggu ada bola dan akan dibahan pada hari Isnin.Kadang-kadang tak payah tunggu Isnin,tahu-tahu je dapat sistem pesanan ringkas dekat tangan telefon sendiri yang ber-ringtone kan 3Oh!3-Starstrukk dan disukai ramai,"kalah ye bang?"mana taknya Liverpool kalah dengan Sunderland.Memang "You'll xNeverx(hilangkan ayat Never itu) Walk Alone" lah bila dah kalah.Dengan aku nak kena balik pagi-pagi buta ada final exam brassband pukul11am dan menaburkan serta menghiaskan segala-segalanya janji pada Hanis dan Aween yang aku akan kutip eh pickup korang kat BJ ceh guna ayat Hanis yang duduk Bukit Jelutong yang nak harapkan sangat nombor pendaftaran kereta yang kena daftar kat JPJ dengan abjad BJR=Bukit Jelutong Resident haha tiba-tiba teringat pulak cerita ni.Kat mana tadi?Ha janji konon-konon pukul7am dah ada depan rumah hanis tapi 7.30am kot sampai.Eh ni aku cerita pada malam Sabtu nak ke Ahad pagi tuh.Tak ada kena mengena dengan hari Isnin ni.Lupa nak cakap karang orang ingat aku cerita putar satu alam pulak.

Sangat susah bila aku drive kereta tak merokok.Pagi tuh aku tiba-tiba gunakan slogan 'Tak Nak' padahal dah dipancing dan diumpan dengan ayat-ayat indah Aween dan Hanis kat dalam kereta tu.Dipendekkan cerita,tak merokok lah sampai lah sampai kat Segamat tuh.Macam-macam yang diborakkan,cerita pasal ayam terbang lah,kucing berjalan lah,tapi seronok borak pagi tu menguap pon tak walaupun tidur hanya berbekalkan 2jam.Nampak sangat budak-budak tu guna-gunakan aku.Sampai je kat post guard tu sambil mengangkat tangan pada pengawal yang bertugas,eh angkat ke?Tak tak,lupa ada kereta siapa entah depan tu boleh pulak dia lepak dengan guard tu kat tengah tengah jalan.Bukan kereta tu lepak dengan guard tapi kereta tu dengan tuan punya kereta lah,gila apa guard tu borak borak bagai nak rak dengan kereta?Macam aku borak borak dengan kancil aku ni eh si BURGER.Oh ha burger sebab no.plat aku BGR.Sebenarnya suka jugak borak dengan Burger aku nih,sebab banyak berjasa woh.Dah dah cukup.

Aku hantar budak 2 orang tu,lepas tu ambik Hanis pergi jawab exam,tapi Hanis masuk dulu sebab Wany yang muka time tu dah macam nak makan burger datang kat aku sambil menyanyi "opieee tolong bawak aku balik kolej boleh?kena pakai tudunglaa"lah patut lah mata dah macam samurai tak boleh masuk exam sebab tak pakai tudung.Sumpah comel gila brassband ni.Dah settle semua problem yang datang melanda aku pun jawabla exam tu dengan jawapan yang sungguh pasti dan keluar pergi makan kat Clown Kasut Besar.Perut yang pada mulanya bermain-main lagu Children of Bodom mula mendendangkan irama Etnik Kreatif sebab dah disuap dengan makanan.Perut aku pandai main lagu,aku je yang tak pandai pandai.Dipotongkan cerita sebab FINAS suruh potong sebab tak ikut skema jawapan,pukul 2pm tuh ada kelas pada hari Ahad.AHAD woi bangla pon cuti kerja kau tahu.Konon konon ada presentasi tapi tak ada lagi hampeh,dah la ramai yang pulang dari rumah awal untuk mengejar dan cuba memotong masa agar sempat sampai tapi kecundang jua dan luluh hancur hati mereka bagai dipijak-pijak atas lantai lunyai habis lah senang cerita dengan mata bak panda mencari buluh dipetik dari kata-kata Ain Syaqilla.Lepas tuh aku pergi bergonjeng dekat Pot Black untuk menonjol bola yang mempunya kaler merah,kuning,hijau,coklat,biru,pink dan hitam.Penuh semangat cerita satu-satu cakap main snooker sudah la.Lepas tu,lepas tu lagi,ni kalau buat esei markah sikit sebab ada repetition ceh pandai cakap,okay diamlah.Lepas tu(-_-") pergi Proton kat situ pon ada snooker tapi kitorang main Laki Ball weh bukan jahat mulut nih *dush dush main Lucky Ball game ni memang luck semata-mata dan cukuplah tu Opie cukup.Oh lupa pulak main dengan KA hahaha geli siot Khairil Anuar nama dia tapi budak budak perempuan panggil KA ok tak boleh lebih lebih karang touching pastu(tanak guna ayat Lepas tu)dengan Sham dan Shah.

Dah la mata macam kucing lari keriangan tak cukup rehat dan tidur sebab ada je aktiviti dari pagi sampai ke malam,malam pulak ada dinner brassband aku tak tahu apa jadi kat dinner tu tapi sesungguhnya aku dapat makan Nasi Tomato yang awesome dan wonderful pedas.At the same time aku duduk sebelah Hanis so kena cover line makan,sebab selalu makan gelojoh baru kunyah 2kali dah telan tapi disebabkan Hanis aku kunyah 40kali ikut sunnah Nabi.Dah makan dah lepas tekak sendiri mula merancang pelan untuk melepaskan diri dari dinner tu.Walaupun berjaya tapi sekali lagi menjadi pelakon Ocean 14 untuk meloloskan diri dari Komander yang bertugas,ya!Komander Nadia comel gilaaaa weh!Aku suka dia malam tuh!eh malam semalam ha yela malam tuh.Tapi Hanis dengan Aween power tak payah berlakon dengan slumberland mereka berjalan sambil nyanyi keriangan turun tangga dan balik begitu saja.Punyalah penat payah aku dengan KA(hahahah)berlakon diorang rilek je!Okay cukup untuk semalam punya cerita dah panjang lebar dah ni.Sebab lepas dinner aku terus golek golek dan guling terus tertidur.

Hari ni hari Isnin(baru masuk ke apa dari tajuk asal)aku tidur dengan nyenyaknya bagaikan udang sampailah member aku si Jelita dan Sham yang mengganggu dengan membaling selimut dan menjerit"wey wey ada udang mari kita jadikan selimut ni sebagai jala tangkap diaaa"kepala kau.Aku nak tidur pun susah.Tapi tak apalah time tuh matahari dah tegak.*ceh cover line tak nak bagitau jam berapa aku bangkit tidur*so aku bangun "pagi" pergi mandi dan patutlah alangkah seronoknya bangun sebab tak ada kelas.Gile babe!best tak ada kelas pada hari Isnin yang indah dan ceria ini.Itu je nak cerita sebab tak ada kelas hari Isnin,bukan senang tak ada kelas ni(hoho padahal suka buat cuti sendiri)Lagi satu yang best hari ni,belog saya dah ada 1 comment!yeay!A million thanks to you Hanis!*excited guling-guling

untuk itu saya Lutfi Rashid menamatkan cerita setakat ini.(penat weh taip baru aku tahu penat)

Sunday, October 18, 2009

The 4th Baby

Dimulakan dengan dunhill light 14 bertarikh dikilangkan kat bawah kotak tu 09/09/09 yang tinggal 2 batang tapi dah tinggal sebatang sebab baru je aku bakar ni ha.Sebulan jugakla dari tarikh yang dikeluarkan rasa still maintain and just nice.Weh menyanyi pulak opie ni.Okay okay,i am ready to blogging.(hak alah -_-")

Jap jap habiskan sebatang kacau pula asap kat mata yang kuyu ni.Okay ready 1,2,go!

Pagi yang dingin di sekitar klang pada tahun 1987,kelihatan kelibat seorang pemuda yang kurus dan tinggi lampai dihadapan hospital tengku ampuan rahimah yg tersergam indah ketika itu.Lelaki tersebut seperti tidak keruan sambil memerhatikan jam yang sentiasa terlekat ditangannya yang penuh dengan urat-urat dan jarum menunjukkan angka 3.Ini bermakna hampir sejam dia berada diluar hospital tersebut.Sekejap dia berdiri,sekejap dia duduk dan kadang-kadang dia mencangkung dan kendengaran seperti mengeluh kerisauan.Sambil matanya menjeling ke dalam kalau-kalau ada jururawat disitu memanggil namanya ataupun tidak.Dia menyeluk saku seluarnya dan kedengaran beberapa duit syiling dan sehelai duit RM10,dia hampir terlupa RM20 sudah dibelanjakan untuk teksi tadi.Terus menyirap darahnya teringatkan pemandu teksi yang endah tak endah mengenakan harga tambang yang begitu tinggi sedangkan jarak perjalanan tidaklah begitu jauh cuma 10-15 minit dari rumahnya ke hospital.Dalam sedar tak sedar dia mula mengelamun jauh dari fikirannya dan tertidur sambil bersandar di dinding.
"Encik Rashid,Encik Rashid..."sayup-sayup kedengaran panggilan namanya dari telinga pemuda tersebut.Lantas dia membukakan matanya,dan terlihat senyuman manis dari jururawat tersebut dan Rashid mula berbicara"ya saya?"dengan suara yang agak perlahan dan cuba menahan matanya dari terlelap semula sambil melihat jam sudah pukul4.30."Encik dah boleh tengok isteri encik"kata dari jururawat tersebut.Pada mulanya muka yang kelihatan kusam dan penat terus ditelani dengan senyuman yang manis dan dari riak mukanya yang ceria itu.Dia mula mengorak langkah jalan dengan penuh tersusun dan hatinya berdetak laju dan di tolaknya pintu wad tersebut dan kelihatan seorang gadis kampung yang layu berbaring di situ,dan doktor bersalaman dengannya sambil mengucapkan"Tahniah encik,tapi anak lelaki tak apa nanti cuba lagi"sambil mengukirkan senyuman dan mula berjalan meninggalkan pemuda itu.Rashid mula mendekati gadis tersebut yang juga seorang isteri yang disayanginya lebih dari dirinya sendiri dan airmata mula bergenang tanda gembira kerana isterinya selamat melahirkan anak mereka yang ke-4.
"Abang kita dapat anak lelaki.Abang suka tak?"melontarkan suaranya dengan penuh lemah lembut."Mestilah suka,abang tak kisah sama ada lelaki ataupun anak perempuan,cuma mak abang yang mengharapkan anak perempuan"lega hatinya apabila jejaka kesayangannya mengucapkan kata-kata tersebut.Namun jauh di sudut hati risau memikirkan mak mertuanya yang teringin sangat cucu perempuan dari mereka,sedangkan sudah ada cucu perempuan tapi ditepisnya jauh-jauh kerana ini adalah rezeki daripada Tuhan.Jap jap bakar lagi sebatang,nak habis dah ni.(potong betol la,padahal tengah carik idea)
Didukungnya bayi lelaki tersebut dan diazankan ditelinganya selesai sahaja,isterinya ingin memberi nama pada bayi tersebut.Hampir sebulan dia memikirkan nama untuk bayinya dan dinamakan Lutfi."Awak rasa dia akan jadi tak seperti maksud nama Lutfi itu?"soal isterinya.Suaminya tergelak dan berkata"Itu bergantung bagaimana kita mendidik dia dan bukan atas namanya sahaja".Isterinya tidak berkata apa-apa tapi di dalam hatinya berbisik moga-moga anaknya menjadi seorang yang lemah lembut dan penyayang dan berjaya sebagai seorang manusia kelak.

Sumpah aku tak macam tu hahah!tapi terpulanglah kat korang semua.eh lupa nak cakap dah habis cerita dah.sebenarnya nak buat lagi panjang tapi baik aku buat novel "sehijau daun" novel masa kat sekolah dulu.ngeh2.itulah ceritanya,actually ramai yang expect bayi perempuan time tu,mak aku ceritalah and aku pulak macam be rpusing-pusing time nak terkeluar tu.nanti aku cerita pulak zaman tadika,sekolah rendah.Promise!(macam lah ada orang nak baca)mata dah berat gila-gila ni.nak balik segamat jap lagi pukul 6am eh i mean pukul 7am nak gerak bangun pukul6am.okay chow!Selamat Tidur!

macam nak cubit2kan?